Daripada Wikipedia, ensiklopedia
bebas.
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan
prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan
dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan
kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan,
dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan
Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan
melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan
fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
Definisi Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan
Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan
Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal
seumur hidup setiap individu.
Baley & Field (1976), satu proses
pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual,
sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal
yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa
Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada
tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani
merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari
kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang
tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani
ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi
sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada
perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
Maksud Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses
membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam
kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan
komuniti.
Objektif Pendidikan Jasmani
Bertujuan membantu murid menjadi cergas
melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran
dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :
Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek
kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian
Matlamat
Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan,
dan mengamalkan gaya hidup sihat
Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan
Jasmani?
§ Penglibatan murid secara aktif dan selamat
§ Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
§ Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti
pembelajaran
Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan
Kesihatan?
§ Penglibatan murid secara penghayatan ilmu dan pengetahuan
§ Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat
§ Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai
bukti pembelajaran
…==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan
Jasmani==
Kecergasan
§ Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid
melakukan aktiviti fizikal secara berterusan .
§ Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan
fizikal.
Kecergasan Fizikal
Koordinasi
§ Imbangan
§ Ketangkasan
§ Kuasa
§ Masa Respons
§ Kepantasan
Berasaskan pelakuan motor
§ Berasaskan kesihatan
§ Daya tahan kardiovaskular
§ Daya tahan Otot
§ Kekuatan
§ Kelenturan
§ Komposisi badan
Kemahiran
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan
melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada
kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan
rekreasi
Kesukanan
Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman
dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan
diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam
pendidikan jasmani dan sukan.
Kesihatan Diri dan Keluarga
§ Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri,
perasaan, kekeluargaan
§ Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti,
kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan
Gaya Hidup Sihat
§ Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan
harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.
§ Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan
stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan
dadah
Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan
kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas
No comments:
Post a Comment